Wednesday, June 15, 2011

Menghitung Hari :)

Menghitung hari sebenarnya tajuk lagu . Saje letak tajuk merapukan . Hahaha . Disebalik itu juga aku sedikit demi sedikit mahu berubah , sebab itulah aku letak tajuk 'menghitung hari' . Dulu aku ni malas sangat nak belajar biasalah konon dah terlebih pandai tapi habuk pun takda .

Baru-baru ni ada peperiksaan pertengahan tahun . Tapi keputusan yang aku dapat sungguh mengecewakan . Jadi aku janji dengan diri aku yang aku nak berubah. Sebab sekarang aku berada dalam tingkatan/form dua tahun hadapan aku nak ambik PMR . Takutnyaa . Cepat masa berlalu . Target lapan A+++ dalam tangan. Amin . Sebelum terlambat baik aku balik ke pangkal jalan . Perangai aku dulu teruk kot . Aku dekat dalam kelas takdalah baik sangat . Biasa-biasa je , bila cikgu takde aku memekak macam dah menyurupai beruk je .

Jadi lepas ni aku nak berubah jadi budak nerdd . Dimana sahaja aku berada satu buah buku mesti ada . Tak Mungkinlah! Lepastu nak jadi budak baik, jadi budak skema dan sebagainyalah kan . Dan lepas ni juga aku mungkin busy sedikit sebab aku dah mula tusyen iaitu hari Sabtu dengan Ahad dekat tempat tusyen ayah kawan aku 'syauqi' Info Bestari dekat Warisan Puteri . Jauhlah juga dari rumah aku kot . Jadi hari Isnin-Jumaat sibuk dekat sekolah . Hari-hari stayback . Ada kokorikulumlah , bandlah, kelas muziklah . Macammacam pening kepala dibuatnya .

Bila orang sebut couple aku tak heran pun . Bagi aku yang paling penting mestilah kejar cita-cita kita dulu barulah pikir yang seterusnya . Berkawan lebih baik daripada kita bercouple . Cinta monyet je kankan . Menyusahkan benda tu semua . Baik pikir tentang masa depan .

Menhitung hari bagi aku untuk berubah sepenuhnya dan bukannya senang .

No comments:


COPYRIGHT BY Izatul Munira Yasmeen