Wednesday, July 20, 2011

I need Allah:

Assalamualaikum .

Ya Allah kalau kau orang nak tahu, harini gilaa seram dekat sekolah . Aku nasihatkan engkau orang jangan pergi sekolah redza weh . Satu sekolah kene histeria . Mula-mula yang kene aku dengan nabila je . Then terus berjangkit dengan budak-budak yang lain . Sakiit gilaa, azapp dia . Dari pagi tadi badan dah rasa lain macam, masuk kelas aku tidak berhenti bergelak . Bila tengok muka Nadzirah confirm tergelak . Huhhhh, menyeramkan poitt . Lepas aku kene , aku okay sekejap then kene balik . Lepastu sekolah kumpul semua budak yang kene, budak yang kene duduk dekat surau .Yang tak kene duduk dekat dewan terbuka ;[

Sakitt . Aku dah tak tahan lagi dah , aku nak pindah sekolah . Aku taknak sekolah dekat redza lagi dah . Janganlah kacau aku . Semalam sekolah dah pagar oleh ustad-ustad luar . Then ustazah cakap benda itu memberontak tidak mahu keluar . Histeria weh . Lepas sorang-sorang kene, mula-mula sikit je . Lama-lama penuh dalam surau . Tolooonggglah jangan kacau aku, aku nak belajar . Jangan ganggu hidup aku . Besok dan selama-lama aku taknak pergi sekolah, dah naik takut ddaaah . Menyeramkan, kalau engkau orng adakan . Huhhhh, tak boleh nak cakap apa-apa .

Untuk budak warisan puteri, aku tak tahulah kau orang sekolah ke tidak . Sebab sekolah sekarang dalam keadaan yang bahaya . Takut nanti sekolah engkau pun ada yang kene . Jangan pergi tandas surau, sebab kawasan itu sangat keras. Jangan bermain-main di belakang makmal science dan makmal ict . Sebab itu tempatnya . Jangan takut, kuatkan semangat . Ingat Allah . Jangan buat benda yang tidak senonoh, sebab benda itu suka .

*Jangan kacau aku, aku makhluk Allah yang lemah . Hanya Allah yang kuat, Allah yang satu . Assalamualaikum .

No comments:


COPYRIGHT BY Izatul Munira Yasmeen